Click Fraud Protection
Book Now!

Fakta Tentang Benjolan Kaki



Fakta Tentang Benjolan Kaki

Pengacara: Di Singapore terdapat ramai orang mempunyai masalah kaki, antara yang paling kerap dijumpai adalah bunion. Bolehkah anda menerangkan lebih lanjut tentang kondisi ini?

 

Podiatrist: Terdapat dua jenis bunion, pada jari kaki kelima ia dipanggil “Tailor’s bunion” dan pada ibu jari kaki ialah Hallux Abducto-valgus. Kedua-dua jenis bunion ini boleh menyebabkan anda merasa sakit, terhad dalam mengamalkan gaya hidup atau pemakaian kasut, dan mempunyai kecacatan tulang yang ketara.

 

Bunion bukanlah sekadar pertumbuhan tulang di sisi kaki, tetapi ia juga merupakan putaran tulang metatarsal dan jari kaki. Ini akan melebihkan tekanan ligamen di sekeliling sendi tersebut. Apabila sendi telah membesar secara fizikal, ini bermakna radang sendi (arthritis) dan pertumbuhan tulang berlebihan (bone spurs) menjadi lebih teruk.

 

Pengacara: Bagaimanakah bunion boleh menumbuh ataupun berlaku?

 

Podiatrist: Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada bunion, seperti:

  • Keturunan atau diwarisi
  • Kelemahan ligamen jika sendi anda sangat longgar.
  • Kecacatan biomekanikal, seperti kaki leper
  • kasut yang tidak sesuai

Bunion boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur, sama ada semasa kecil mahupun dewasa. Bunion berlaku secara berperingkat, ia akan bermula dengan kecil dan kemudian berkembang menjadi benjolan besar. Ini boleh menyakitkan dan membataskan pergerakan. Peringkat akhir ini dinamakan hallux rigidus apabila sendi-sendi menjadi haus dan seterusnya menyebabkan tulang rawan (cartilage) merosot. Diagnosis yang betul adalah penting untuk mengetahui sebab-sebab bunion terjadi kepada pesakit.

 

Pengacara: Bolehkah bunion dirawati?

 

Podiatrist: Bunion boleh dirawat secara konservatif ataupun pembedahan. Rawatan konservatif dilakukan oleh ahli podiatri sedangkan pembedahan dibuat oleh pakar ortopedik. Mempunyai bunion tidak bermakna anda mesti mengubahkan gaya hidup atau imej anda, sebaliknya anda perlu mengatasinya sebelum ia menjadi lebih serius.

 

Kembali ke mainpage