Click Fraud Protection
Book Now!

Kaki Kanak-Kanak



Kaki Kanak-Kanak

Pengacara: Apakah masalah kaki yang biasa dihadapi di kalangan kanak-kanak?

 

Podiatrist: Antara masalah yang sering dialami oleh kanak-kanak adalah kaki rata (flat foot), kaki melengkung (high arch foot), dan kaki bengkok ke dalam (in-toeing).

 

Pengacara: Bolehkah masalah itu kurang atau hilang apabila mereka semakin tua?

 

Podiatrist: Boleh, jikalau masalah itu ditangani dengan lebih awal lagi. Kebanyakkan kanak-kanak mungkin tidak boleh menjelaskan keadaan ataupun masalah yang mereka hadapi; justeru ibu-bapa perlu berunding dengan pakar podiatri untuk persefahaman yang selanjutnya kerana masalah itu kemungkinan lebih rumit dari apa yang boleh diperhatikan oleh ibu-bapa.

 

Pengacara: Bagaimanakah ahli podiatri dapat menolong anak saya?

 

Podiatrist: Sebagai seorang ahli podiatri, saya perlu menjalankan pemeriksaan biomekanikal yang menyeluruh dan memahami punca asal keadaan itu sebelum saya boleh membentuk atau mereka lapisan tapak kasut khas untuk membetulkan kaki dan pergerakkan kanak-kanak tersebut.

 

Kembali ke mainpage