Click Fraud Protection
Book Now!

Kaki Rata



Fakta Tentang Kaki Rata!

Pengacara: Louis, bidang podiatry tidak begitu dikenali di Singapura. Apakah podiatry?

 

Podiatrist: Podiatri adalah satu cabang perubatan yang memberikan tumpuan kepada kesakitan ataupun masalah yang berkaitan dengan anggota bawah badan.

 

Pengacara: Adakah ia dikenali sebagai sebuah cabang perubatan di Singapura?

 

Podiatrist: Pakar podiatri dianggap sebagai “allied health professional”. Perkhidmatan podiatri memang ada disediakan di hospital awam dan poliklinik serta klinik swasta seperti pusat rawatan kami yang memberikan perkhidmatan podiatri kepada permintaan umum yang semakin meningkat.

 

Pengacara: Apa itu kaki rata?

 

Podiatrist: Untuk penjelasan yang lebih mudah kaki rata adalah di mana lengkungan kaki mendatar ke bawah.

 

Pengacara: Apakah sebabnya?

 

Podiatrist: Ada yang diwarisi sejak lahir dan ada yang menghidapinya semasa dewasa. Terdapat sekumpulan individu yang mempunyai otot yang lebih longgar ia akan menyebabkan lengkungan kaki itu mendatar ke bawah. Selain daripada itu, berat badan juga salah satu punca kaki rata.

 

Pengacara: Apakah akibat keadaan kaki rata ini?

 

Podiatrist: Jika kaki rata tidak dirawati ia akan menyebabkan kesakitan kepada lutut dan tulang belakang. Selalunya, postur juga terjejas akibat keadaan ini.

 

Pengacara: Louis, bolehkah anda nasihatkan cara-cara bagaimana untuk mengatasi kaki rata?

 

Podiatrist: Antara cara-caranya adalah dengan mereka bentuk lapisan kasut khas untuk individu tersebut. Tetapi sebelum itu, podiatrist perlu menjalankan pemeriksaan biomekanikal yang penuh dan terperinci biomekanikal yang Penuh dan terperinci untuk Menjamin tapak kasut ataupun lapisan kasut direka dengan betul dan berkesan.

 


Kembali ke halaman utama
e