Click Fraud Protection
Book Now!

Sakit Tumit



Pengacara: Louis, masalah kaki yang sering dialami di Singapura adalah sakit tumit. Bolehkah anda menerangkan dengan lebih lanjut tentang keadaan ini?

 

Podiatrist: Sakit tumit berkait rapat dengan keadaan ini yang dikenali sebagai plantar fasciitis. Kecederaan ini akibat daripada tekanan secara berulang-ulang kepada tumit kaki. Sesiapa pun boleh menghidapinya, tidak kira tua ataupun muda, suka bersukan ataupun tidak aktif. Tahukah juga anda, terdapat 80% daripada pesakit kami adalah penghidap sakit tumit kaki.

 

Pengacara: Adakah ia kerana memakai kasut yang terlalu ketat atau kasut yang tidak sesuai?

 

Podiatrist: Ya, ini adalah salah satu punca keadaan ini; namun factor-faktor lain seperti tendon Achilles yang ketat juga boleh membuatkan keadaan ini lebih buruk. Selain daripada ini, wanita yang sedang hamil juga boleh menghidapinya ataupun lebih cenderung untuk menghidapinya kerana perubahan hormon dan juga berat badan mereka.

 

Pengacara: Apakah rawatannya?

 

Podiatrist: Terdapat pelbagai rawatan seperti lapisan kasut khas, shockwave therapy, magneto therapy, dan sebagainya. Rawatan awal dan betul boleh mengurangkan peluang pembedahan setinggi 90%. Ini agak mengalakkan kepada pesakit-pesakit yang mengalami sakit tumit ataupun plantar fasciitis.

 


Kembali ke halaman utama