Click Fraud Protection
Book Now!

Ortotik Yang Direka Khas



Ortotik Yang Direka Khas

Pengacara: Louis bolehkah anda terangkan apakah itu ortotik kaki?

 

Podiatrist: Ortotik atau pelapik tapak kasut yang ditempah khas merupakan kepakaran ahli podiatri. Alat  ini direka khas untuk membantu pergerakan atau mengawal postur pemakainya. Kesakitan di bahagian kaki atau belakang badan disebabkan berdiri atau berjalan dalam tempoh yang  lama boleh ditangani dengan menggunakan orthotik. Ia digunakan untuk pembetulan fungsi kaki seiring dengan pergerakan badan.

 

Pengacara: Nampaknya, ortotik terdapat pelbagai fungsi and khas untuk setiap individu. Bolehkah anda memberi lebih banyak maklumat tentang ortotik?

 

Podiatrist: Preskripsi orthotics biasanya terbahagi kepada dua kategori utama:

Ortotik Functional berfungsi untuk menyokong struktur kaki, memudahkan pergerakan dan cara berjalan yang betul. Ortotik Accommodative digunakan untuk masalah kaki yang memerlukan rawatan paliatif iaitu hanya untuk mengurangkan kesakitan.

 

Pengacara: Bolehkah anda memberi contoh-contoh kesakitan yang sesuai untuk rawatan ortotik?

 

Podiatrist: Ortotik digunakan untuk merawat keadaan seperti kaki leper, plantar fasciitis (sakit di bahagian bawah tumit kaki), tendinitis (radang di bahagian sendi), ulser kaki pesakit kencing manis dan banyak lagi masalah kaki. Ia akan mengurangkan masalah sendi otot dan tulang (arthritis), sindrom penggunaan anggota badan yang berlebihan (overuse syndromes) dan kecacatan kaki untuk jangka panjang.

 

Pemeriksaan klinikal serta rawatan terutamanya untuk kanak-kanak yang semakin membesar adalah sangat penting. Inisiatif meletakkan ortotik di bawah tapak kaki dengan tujuan merubah pertumbuhan kaki kanak-kanak memerlukan reka bentuk tertentu dan preskripsi yang betul.

 

Pengacara: Adakah benar bahawa pelapik kasut hanya boleh didapati dari klinik podiatri?

 

Podiatrist: Anda boleh mendapatkan pelapik/tapak kasut yang biasa di dalam talian atau di kedai-kedai. Produk ini direka untuk pasaran ramai dimana fungsinya minimal dalam rawatan kesakitan kaki tertentu. Pemakai tidak akan dapat manfaat pembetulan masalah biomekanik jika seseorang itu mempunyai keadaan dimana ia memerlukan pembetulan khusus. Alat perubanatan ini juga biasanya direka menggunakan bahan-bahan yang dikaji secara klinikal dan sesuai untuk kegunaan dan keselesaan kaki.

 

Kembali ke mainpage