Pusat Podiatri untuk Wanita

Nikmati Privasi di Klinik Podiatri Wanita Pertama di Singapura

Pusat East Coast Podiatri untuk Wanita adalah perkhidmatan podiatri khas buat wanita sahaja. Untuk keselesaan anda, tempat rawatan disediakan untuk menjaga kesopanan dan privasi.

Perundingan dan rawatan akan dijalankan oleh pakar dan ahli klinik wanita.

Masalah Bahagian Kaki yang Sering Dialami Wanita

Terdapat beberapa masalah bahagian kaki yang dialami oleh kalangan wanita. Keadaan-keadaan kaki ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk perbezaan anatomi, perubahan hormon, gaya hidup dan pilihan kasut.

Para wanita mungkin mengalami keadaan berikut:

  • Bunions ialah keadaan di mana tulang pada sendi jari di ibu jari kaki menyenget ke dalam dan lama kelamaan membentuk bengkak pada sendi itu. Keadaan ini lebih kerap terjadi pada wanita disebabkan pemakaian kasut yang ketat dan bertumit tinggi.
  • Keruntuhan gerbang kaki selepas kehamilan akibat daripada peningkatan kelaziman ligamen lebih longgar. Ini dikaitkan dengan “Posterior Tibial Tendon Dysfunction (PTTD)”
  • Kuku cengkam akibat kerap memakai kasut yang ketat dan pedikur (menggali ke bawah di sisi kuku dan pengunaan pengilat kuku yang keras)
  • Sensasi kaki terbakar akibat peningkatan berat badan akan menyebabkan saraf terjepit di bahagian bawah punggung, pinggul, lutut atau kaki. Keadaan ini boleh menyebabkan neuralgia, pertumbuhan neuroma atau mengubah sensasi dan cara berjalan.
  • Plantar Fasciitis disebabkan oleh keradangan plantar fascia (tisu yang lebar dan tebal terletak di tapak kaki bermula daripada bawah tumit ke hadapan kaki). Ia boleh menyebabkan sakit tumit, terutamanya pada waktu pagi. Kaum wanita lebih kerap mengahadapi masalah ini kerana peningkatan tekanan pada ligamen yang disebabkan oleh aktiviti seperti berlari atau memakai kasut yang tidak sesuai.
  • Metatarsalgia adalah kesakitan dan keradangan pada bebola kaki. Keadaan ini lebih kerap terjadi pada wanita yang memakai kasut yang ketat dan bertumit tinggi disebabkan peningkatan tekanan pada tulang metatarsal.
  • Keretakan tulang akibat tekanan (stress fractures) disebabkan keretakan kecil yang berlaku dalam tulang secara berulang dan berterusan terhadapnya. Keadaan ini lebih dihadapi oleh kalangan wanita yang aktif disebabkan faktor seperti ketidakseimbangan hormon, masalah pemakanan dan Osteoporosis.

Buat Temujanji

    Mari Jumpa Ahli Podiatri Kami

    Hubungi Kami Sekarang